Monday, October 11, 2010

Kerja oh Kerja!






ini adalah serba sedikit hasil kerja keras kumpulan animation aku. kami telah ditugaskan untuk menyiapkan kerja ini untuk kelas sir Dani Daud. lukisan ini telah dibuat dalam Adobe Illustrator. kami akan menunjukkan hasil kerja ini pada hari Jumaat yang akan tiba 3 hari lagi. ini baru sahaja merupakan permulaan dalam menyiapkan tugasan ini. langkah seterusnya yang harus dilakukan adalah untuk menggerakkan objek-objek tersebut yang kami akan lakukan dalam Adobe Flash. tema bagi tugasan ini adalah "Peace and War." kami telah memasukkan unsur kanak-kanak supaya ia kelihatan comel dan menarik. harapan aku dan ahli kumpulan yang lain adalah agar dapat memuaskan hati sir Dani Daud serta dapat menarik perhatian ramai untuk melihat animasi kami pada hari Jumaat nanti. aminnnn....

Saturday, October 9, 2010

TILIK NASIB.......


PERCAYA @ TIDAK???

Ceritanya bermula begini. Pada malam semalam, aku telah ke rumah seorang kawan di Damansara. Tujuan aku ke sana adalah untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. Sedang kami rancak berbual kerana agak lama tidak bertemu tiba-tiba salah seorang rakan aku meminta izin untuk melihat tapak tangan aku. Tanpa bertanya banyak lalu aku pun memberikan tapak tanganku untuk dia melihat. Seketika kemudian rakanku tersebut tersenyum memandangku. Rupa-rupanya dia pandai menilik nasib dengan melihat garisan-garisan yang ada di tapak tangan. Pada mulanya kami semua yang berada di situ tidak percaya dengan tilikan yang dibuat tetapi setelah diyakinkan olehnya bahawa perkara ini bukanlah untuk dipercaya tetapi ia hanyalah sebagai panduan hidup kita untuk beringat dan berhati-hati pada masa akan datang. Daripada tilikan yang dibuat terhadap aku adalah.... jeng jeng jeng....!

  1. aku akan mendapat suami yang kacak pada pandangan mata aku dan juga orang lain tetapi bagi mereka tidak menginginkan suami aku itu.
  2. suami aku akan bahagia di samping aku.
  3. tetapi aku akan berkahwin dua kali dalam hidupku.
  4. dalam kewangan pula aku akan sentiasa dilimpahi dengan wang yang banyak tetapi pada satu masa aku akan kehilangan semua wang itu.
  5. jangka hayat hidup aku mungkin sehingga umur 70 tahun.
  6. aku akan memiliki seorang sahaja cahaya mata.
hahaha...lawakkan...takut pula aku dibuatnya...entah betul entah tidak...mengikut kata rakanku itu bahawa garisan-garisan di tapak tangan kita akan berubah lagi dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang...ini hanyalah sekadar suka-suka sahaja... :)


Wednesday, October 6, 2010

**Keluargaku Sayang**

Ini Keluarga Saya.

Saya ada ayah dan emak yang penyayang.
Ayah saya bernama Norizan manakala emak saya pula bernama Zainun.
Umur ayah saya 58 tahun dan umur emak saya 49 tahun.
Ayah dan emak saya sudah tidak lagi bekerja dan mereka pencen pada tahun lepas.

Saya mempunyai seorang abang yang kacak.
Abang saya diberi nama Muhamad Amin.
Dia berumur 27 tahun.
Abang saya bekerja sebagai seorang Pegawai Bank di Affin Bank.

Saya mempunyai 2 orang adik lelaki.
Adik lelaki saya yang pertama ialah Muhamad Amir.
Dia berumur 20 tahun.
Amir baru sahaja selesai belajar di peringkat sijil.

Adik lelaki saya yang bongsu bernama Muhamad Azim.
Dia berumur 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.
Azim belajar di sekolah Inggeris yang tertua di Malaysia iaitu Penang Free School.

Akhir sekali, saya merupakan anak kedua daripada 4 adik beradik.
Saya juga merupakan anak dan cucu perempuan tunggal dalam keluarga saya.
Saya berumur 21 tahun.
Saya kini menuntut di UiTM, Shah Alam mengambil dalam jurusan Komunikasi dan Media (Penyiaran).

Saya sayang keluarga saya.
Tanpa mereka, siapalah diri saya ini.

Monday, October 4, 2010

wanita yang lelaki 'ANTI'


Kepada gadis-gadis di luar sana seandainya kamu memiliki sifat yang disenaraikan ini, segeralah berubah jika kamu tidak mahu kehilangan lelaki yang dipuja ok!

  1. CEMBURU BUTA - sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki rasa terkongkong serta tidak dipercayai.
  2. TIDAK PUAS - sikap ini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan kaum adam sukakan wanita yang sentiasa menghargai dan berterima kasih dengan apa sahaja pemberian.
  3. TERLALU "EMO" - kawal emosi dengan melakukan aktiviti membangkit mood ceria bersama si dia.
  4. SUKA MENGATUR - ramai wanita gemar mengatur gerak langkah dan arah tuju kehidupan lelaki tetapi sebenarnya lelaki lebih gemar jika diri mereka diterima seadanya.
  5. MATA DUITAN - wanita yang mempunyai sikap mata duitan yang keterlaluan kebanyakannya sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati kerana tidak ramai lelaki yang sanggup melayan kehendak wanita seperti itu.

Sunday, October 3, 2010

Makan-Makan di Rumah Sabrina




























HAI...!!!

Kepada rakanku yang bernama Sabrina Halid...

Terima kasih kerana telah menjemput kami ke rumah anda untuk menikmati juadah yang enak-enak belaka...

Tidak rugi kami datang dari jauh dengan ditambah pula lagi terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang agak teruk...

Kami telah dihidangkan dengan masakan yang telah dimasak oleh neneknya seperti nasi minyak bersama lauk dalca, sambal udang serta sayuran. Selain itu, capati yang dibuat sendiri juga ada disediakan...

Tidak lupa juga kuih muih raya yang kebanyakannya dibuat sendiri turut disajikan kepada kami. Memang sedap sungguh la...

Selepas selesai menjamu selera kami berborak dengan begitu rancak sekali sehingga terlupa jam telah menunjukkan lewat pukul 10.30 malam dan terus kami meminta diri untuk pulang semula ke rumah di Shah Alam yang tercinta...

Kami semua tidak pulang dengan tangan kosong. Sebelum keluar daripada rumah, nenek Sabrina telah memberi kami setiap seorang duit raya. Seronok rasanya. Perut pun kenyang, duit raya pun dapat... :)

Tuesday, September 28, 2010

Cover Cun!

"Minggu lepas aku naik bas ke kelas. Selalunya aku akan pandu kereta tetapi disebabkan keretaku masuk bengkel, naik baslah jawabnya. Masa tengah tunggu bas tu aku terpandang seorang perempuan ni. Dari jauh aku dah nampak dia jalan terkepit-kepit. Dalam hati aku terdetik, 'kenapa dengan perempuan ni, dah tak tahan nak buang air kecil ke?'. Lepas tu bila dia tunggu bas pun sama juga. Asyik-asyik terkepit dengan mengusik-usik rambut dia tu. Erm, senang cerita, gaya dia memang cover cun lah! Aduh, letih betul aku tengok! Tak lama lepas tu bas pun sampai. Ramai pula yang berebut nak naik bas. Aku malas nak berebut, jadi aku ke belakang sedikit sebab tahu dah pasti-pasti muat punya. Kebetulan, perempuan tadi beratur depan aku. Masa nak anik tangga bas, dia sibuk pula nak betul-betulkan rambut dia yang langsung tak rosak tu. Tiba-tiba aku tengok dia tersilap langkah terus terjatuh. Hmm, tu lah, cover cun punya pasal terus terjatuh. Padahal bukannya ada mamat-mamat yang hensem pun.Alahai....!!!

Tuesday, September 21, 2010

tahukah anda?

  1. Kelawar sentiasa belok ke kanan apabila keluar dari gua.
  2. Kucing adalah satu-satunya haiwan yang tidak mempunyai deria rasa.
  3. Raja rama-rama mempunyai deria rasa sebanyak 12, 000 kali ganda daripada manusia.
  4. Jerung tidak boleh buka mulut dalam jangka masa yang lama kerana boleh mengakibatkan ia mati lemas.
  5. Ikan Haruan mampu mengesan 27, 000 jenis bau sekaligus ia adalah haiwan paling sensitif dengan bau.
  6. Nisbah semut dengan manusia adalah 1, 000, 000:1.
  7. Tanduk badak sumbu bukanlah daripada tulang tetapi ia hanyalah daripada bulu yang terkumpul dan padat.
  8. Badak air mampu berlari pantas daripada manusia.
  9. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.