Monday, October 11, 2010

Kerja oh Kerja!






ini adalah serba sedikit hasil kerja keras kumpulan animation aku. kami telah ditugaskan untuk menyiapkan kerja ini untuk kelas sir Dani Daud. lukisan ini telah dibuat dalam Adobe Illustrator. kami akan menunjukkan hasil kerja ini pada hari Jumaat yang akan tiba 3 hari lagi. ini baru sahaja merupakan permulaan dalam menyiapkan tugasan ini. langkah seterusnya yang harus dilakukan adalah untuk menggerakkan objek-objek tersebut yang kami akan lakukan dalam Adobe Flash. tema bagi tugasan ini adalah "Peace and War." kami telah memasukkan unsur kanak-kanak supaya ia kelihatan comel dan menarik. harapan aku dan ahli kumpulan yang lain adalah agar dapat memuaskan hati sir Dani Daud serta dapat menarik perhatian ramai untuk melihat animasi kami pada hari Jumaat nanti. aminnnn....

Saturday, October 9, 2010

TILIK NASIB.......


PERCAYA @ TIDAK???

Ceritanya bermula begini. Pada malam semalam, aku telah ke rumah seorang kawan di Damansara. Tujuan aku ke sana adalah untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. Sedang kami rancak berbual kerana agak lama tidak bertemu tiba-tiba salah seorang rakan aku meminta izin untuk melihat tapak tangan aku. Tanpa bertanya banyak lalu aku pun memberikan tapak tanganku untuk dia melihat. Seketika kemudian rakanku tersebut tersenyum memandangku. Rupa-rupanya dia pandai menilik nasib dengan melihat garisan-garisan yang ada di tapak tangan. Pada mulanya kami semua yang berada di situ tidak percaya dengan tilikan yang dibuat tetapi setelah diyakinkan olehnya bahawa perkara ini bukanlah untuk dipercaya tetapi ia hanyalah sebagai panduan hidup kita untuk beringat dan berhati-hati pada masa akan datang. Daripada tilikan yang dibuat terhadap aku adalah.... jeng jeng jeng....!

  1. aku akan mendapat suami yang kacak pada pandangan mata aku dan juga orang lain tetapi bagi mereka tidak menginginkan suami aku itu.
  2. suami aku akan bahagia di samping aku.
  3. tetapi aku akan berkahwin dua kali dalam hidupku.
  4. dalam kewangan pula aku akan sentiasa dilimpahi dengan wang yang banyak tetapi pada satu masa aku akan kehilangan semua wang itu.
  5. jangka hayat hidup aku mungkin sehingga umur 70 tahun.
  6. aku akan memiliki seorang sahaja cahaya mata.
hahaha...lawakkan...takut pula aku dibuatnya...entah betul entah tidak...mengikut kata rakanku itu bahawa garisan-garisan di tapak tangan kita akan berubah lagi dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang...ini hanyalah sekadar suka-suka sahaja... :)


Wednesday, October 6, 2010

**Keluargaku Sayang**

Ini Keluarga Saya.

Saya ada ayah dan emak yang penyayang.
Ayah saya bernama Norizan manakala emak saya pula bernama Zainun.
Umur ayah saya 58 tahun dan umur emak saya 49 tahun.
Ayah dan emak saya sudah tidak lagi bekerja dan mereka pencen pada tahun lepas.

Saya mempunyai seorang abang yang kacak.
Abang saya diberi nama Muhamad Amin.
Dia berumur 27 tahun.
Abang saya bekerja sebagai seorang Pegawai Bank di Affin Bank.

Saya mempunyai 2 orang adik lelaki.
Adik lelaki saya yang pertama ialah Muhamad Amir.
Dia berumur 20 tahun.
Amir baru sahaja selesai belajar di peringkat sijil.

Adik lelaki saya yang bongsu bernama Muhamad Azim.
Dia berumur 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.
Azim belajar di sekolah Inggeris yang tertua di Malaysia iaitu Penang Free School.

Akhir sekali, saya merupakan anak kedua daripada 4 adik beradik.
Saya juga merupakan anak dan cucu perempuan tunggal dalam keluarga saya.
Saya berumur 21 tahun.
Saya kini menuntut di UiTM, Shah Alam mengambil dalam jurusan Komunikasi dan Media (Penyiaran).

Saya sayang keluarga saya.
Tanpa mereka, siapalah diri saya ini.

Monday, October 4, 2010

wanita yang lelaki 'ANTI'


Kepada gadis-gadis di luar sana seandainya kamu memiliki sifat yang disenaraikan ini, segeralah berubah jika kamu tidak mahu kehilangan lelaki yang dipuja ok!

  1. CEMBURU BUTA - sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki rasa terkongkong serta tidak dipercayai.
  2. TIDAK PUAS - sikap ini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan kaum adam sukakan wanita yang sentiasa menghargai dan berterima kasih dengan apa sahaja pemberian.
  3. TERLALU "EMO" - kawal emosi dengan melakukan aktiviti membangkit mood ceria bersama si dia.
  4. SUKA MENGATUR - ramai wanita gemar mengatur gerak langkah dan arah tuju kehidupan lelaki tetapi sebenarnya lelaki lebih gemar jika diri mereka diterima seadanya.
  5. MATA DUITAN - wanita yang mempunyai sikap mata duitan yang keterlaluan kebanyakannya sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati kerana tidak ramai lelaki yang sanggup melayan kehendak wanita seperti itu.

Sunday, October 3, 2010

Makan-Makan di Rumah Sabrina




























HAI...!!!

Kepada rakanku yang bernama Sabrina Halid...

Terima kasih kerana telah menjemput kami ke rumah anda untuk menikmati juadah yang enak-enak belaka...

Tidak rugi kami datang dari jauh dengan ditambah pula lagi terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang agak teruk...

Kami telah dihidangkan dengan masakan yang telah dimasak oleh neneknya seperti nasi minyak bersama lauk dalca, sambal udang serta sayuran. Selain itu, capati yang dibuat sendiri juga ada disediakan...

Tidak lupa juga kuih muih raya yang kebanyakannya dibuat sendiri turut disajikan kepada kami. Memang sedap sungguh la...

Selepas selesai menjamu selera kami berborak dengan begitu rancak sekali sehingga terlupa jam telah menunjukkan lewat pukul 10.30 malam dan terus kami meminta diri untuk pulang semula ke rumah di Shah Alam yang tercinta...

Kami semua tidak pulang dengan tangan kosong. Sebelum keluar daripada rumah, nenek Sabrina telah memberi kami setiap seorang duit raya. Seronok rasanya. Perut pun kenyang, duit raya pun dapat... :)

Tuesday, September 28, 2010

Cover Cun!

"Minggu lepas aku naik bas ke kelas. Selalunya aku akan pandu kereta tetapi disebabkan keretaku masuk bengkel, naik baslah jawabnya. Masa tengah tunggu bas tu aku terpandang seorang perempuan ni. Dari jauh aku dah nampak dia jalan terkepit-kepit. Dalam hati aku terdetik, 'kenapa dengan perempuan ni, dah tak tahan nak buang air kecil ke?'. Lepas tu bila dia tunggu bas pun sama juga. Asyik-asyik terkepit dengan mengusik-usik rambut dia tu. Erm, senang cerita, gaya dia memang cover cun lah! Aduh, letih betul aku tengok! Tak lama lepas tu bas pun sampai. Ramai pula yang berebut nak naik bas. Aku malas nak berebut, jadi aku ke belakang sedikit sebab tahu dah pasti-pasti muat punya. Kebetulan, perempuan tadi beratur depan aku. Masa nak anik tangga bas, dia sibuk pula nak betul-betulkan rambut dia yang langsung tak rosak tu. Tiba-tiba aku tengok dia tersilap langkah terus terjatuh. Hmm, tu lah, cover cun punya pasal terus terjatuh. Padahal bukannya ada mamat-mamat yang hensem pun.Alahai....!!!

Tuesday, September 21, 2010

tahukah anda?

  1. Kelawar sentiasa belok ke kanan apabila keluar dari gua.
  2. Kucing adalah satu-satunya haiwan yang tidak mempunyai deria rasa.
  3. Raja rama-rama mempunyai deria rasa sebanyak 12, 000 kali ganda daripada manusia.
  4. Jerung tidak boleh buka mulut dalam jangka masa yang lama kerana boleh mengakibatkan ia mati lemas.
  5. Ikan Haruan mampu mengesan 27, 000 jenis bau sekaligus ia adalah haiwan paling sensitif dengan bau.
  6. Nisbah semut dengan manusia adalah 1, 000, 000:1.
  7. Tanduk badak sumbu bukanlah daripada tulang tetapi ia hanyalah daripada bulu yang terkumpul dan padat.
  8. Badak air mampu berlari pantas daripada manusia.
  9. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

Saturday, September 18, 2010

Sadis :(

Rumah kata pergi...
UiTM kata mari...

Aduhh...
Rasa terseksa sungguh jiwa dan raga...
Perasaan bercampur-baur...
Tak sanggup nak menghadap segala macam tugasan yang diberikan...

Letih-letih...
Perlu balik ke rumah sewa...
Harus pergi ke kelas...
Kena buat kerja sendiri...
Dan macam-macam lagi la...
Semua tu terpaksa ditempuhi dengan penuh kesabaran...

Tetapi...
Demi mencapai cita-cita...
Untuk menjadi seorang yang berjaya kelak...
Aku harus menjalankan tugasku sebagai seorang pelajar...

Sekian, terima kasih!

Thursday, September 16, 2010

HaRi MaLaYsIa...!!!


Selamat Hari Malaysia kepada semua warga Malaysia. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Hari Malaysia ialah menandakan penyertaan bersama Malaya (Semenanjung Malaysia), Borneo Utara (Sabah) , Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia pada tahun16 September 1963. Sempena detik bersejarah ini juga, marilah kita bersama-sama menghayati pengorbanan negarawan yang pernah memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita. Semoga negara tercinta akan terus aman makmur dan berkembang maju.

Tuesday, September 14, 2010

Raya Pertama!

*GAMBAR RAYA BERSAMA KELUARGA TERCINTA*

Saya dan mak saya.
Saya dan keluarga saya.
Saya dan abang saya.
Emak, ayah dan cucu mereka.
Saya, ayah dan anak saudara saya.

Saturday, September 11, 2010

Hari Raya Aidilfitri


SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

  • harap2 tahun ni dapat lagi la duit raya.
  • diharap semua bergembira di hari lebaran.
  • jangan makan terlampau banyak. buat penat je puasa selama sebulan :)
  • berhati-hati ketika bermain mercun.

Tuesday, September 7, 2010

-Tip Keselamatan Ketika Memandu-

Raya sudah semakin hampir...
Mesti semua hendak balik beraya di kampung bukan...
Di sini ingin saya sampaikan beberapa peringatan kepada sesiapa yang memandu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing...

  • Rancang dulu perjalanan sebelum balik
  • Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan
  • Dapatkan rehat yang secukupnya
  • Berhenti rehat selepas setiap 2 jam memandu
  • Jangan berhenti di lorong kecemasan kecuali perlu berbuat demikian
  • Pandu mengikut had laju yang ditetapkan

**PANDU DENGAN CERMAT. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG**

Monday, September 6, 2010

HARI TUA!


INILAH HASILNYA WAJAH AKU DI MASA 20 TAHUN YANG AKAN DATANG.
BOLEH TAHAN CUN LAGI DAH TUA PUN KAN.TAK GITU. ;D
MASA NI KIRA2 UMUR AKU 41 TAHUN MACAM TU LA.
OK LA. ARAP2 BETOL LA JADINYA NANTI. AMINNN...

p/s: senyum2 selalu akan membuatkan anda kelihatan muda dari umur yang sebenar.ahakz!


Friday, September 3, 2010

Cantek Tak???

seni ini adalah hasil dari tangan aku yang tak berapa nak kreatif sangat...
tapi bagi aku kira dah hebat la buley buat sampai macam ni kan...
perasan pulak...hahaha~

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA!!!


NEGARAKU...
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU...
OH MALAYSIA...

Sempena hari kemerdekaan ini ingin aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum...

Semalam best gila sambut merdeka dekat The Curve, Damansara...walaupun sedih tak dapat tengok bunga api tetapi sambutan tetap hangat dengan pelbagai gelagat daripada golongan muda-mudi zaman sekarang yang dapat saya lihat...

1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!

Saturday, August 28, 2010

mari TIDUR! zzzzzz.....


aku sedang bercuti di hujung minggu.

gambar di atas menunjukkan aktiviti harian aku di rumah.

sangat bosan bukan?!

kadang-kadang aku keluar berjalan-jalan,
tapi masih tidak dapat menangani kebosanan aku.

kenapa aku tergamak buat entry macam ni?

ah,aku kekeringan idea!

off...

Saturday, August 21, 2010

HOroSKop

CAPRICORN (22 DISEMBER - 19 JANUARI)

Tindakan kamu untuk membuat perubahan kerjaya bermakna kamu juga perlu membuat pengorbanan terhadap keluarga dan kehidupan peribadi kamu.

  • Percintaan: Kama akan bertemu dengan seseorang yang menarik perhatian kamu di alam maya. Jangan pandang remeh perkara tersebut. Mana tahu si dia memang cinta sejati kamu.
  • Karier/ Akademik: Sediakan jadual kerja/tugasan mana yang perlu disiapkan terdahulu agar tidak terburu-buru di kemudian hari.
  • Kewangan: Semakin stabil berkat dari sikap berjimat-cermat kamu itu.
p/s: macam menarik je horoskop aku kali ini. hmmm.... :)

Thursday, August 19, 2010

ENTAH LER...
















Gambar2 ini diletak dalam ini blog tiada kena mengena antara dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..Diharap anda semua terhibur dan jangan pula terpegun melihat ini gambar ya..hahaha :D

Tuesday, August 17, 2010

Suka-Suki


MTV WORLD STAGE 2010




Walaupun hujan turun dengan lebatnya tetapi konsert tetap berjalan dengan lancarnya.
Memang terbaiklah. Memang penat jugalah dari petang sampai ke tengah malam baru habis.
Group Bunkface sebagai pembuka acara.boleh tahanlah persembahan diorang tu.
Lepas tu group dari Korea iaitu Wonder Girls. Gempak la diorang menari. Menyanyi tu biasa.
Tokio Hotel menyanyi paling lama dekat konsert tu. Best tapi tak minat.
Woot! Woot! Katy Perry yaw. Meletup gila. Persembahan terbaik antara semua.ahakz!!!


Monday, August 9, 2010

Muaz Wildan bin Muhamad Amin




Comelnya bayi ni...nak taw siapa punya bayi ni ke...jeng jeng jeng...ni la anak saudara pertama aku...betapa gembiranya di hati bila dia telah selamat dilahirkan...kira sekarang ni aku dah jadi mak ngah ler...wah, rasa tua plak tiba2 kan...klas gituuuu....awwww!

Wednesday, August 4, 2010

Ngomong Sama Tangan...grrrrrr!

Banyak soalan sebenarnya yang bermain2 dalam kepala otakku ini.
aku nak tanya, tapi malas.

Sebab aku malas nak semakkan otak aku dengan jawapan2 kau!

Dan terpaksa buat aku berfikir panjang.

Juga menambah tekanan dlm kepala.

Jadi,lebih baik aku tak payah sibuk2 fikir pasal kau.

Yang boleh dikategorikan sebagai orang2 yang tak berapa nak penting pun dalam hidup aku.

Apa nak jadi pon jadi la labu.


**aku sgt malas nk melayan kerenah manusia yg pelbagai ragam.huh!

Thursday, July 29, 2010

Karma OK!

kalau kau ada berniat buruk terhadap seseorang,

berniat untuk menjatuhkan dia,

lebih baik kau lupakan saja!

sebab tuhan tak akan makbulkan hajat2 korang,

mungkin kalau termakbul pun,

suatu hari nanti,ia pasti akan datang balik kepada korang.

percayalah!

ia berlaku dalam kehidupan yang sebenar.

Friday, July 16, 2010

hamster




nama:chummy
umur:tak pasti.tp br 3ari beliau di rumah ini
kepunyaan:fatin



kau sume nk taw? aku ada musuh ketat di rumah skang ni.si hamster gedik tula.adoyai,aku dahla xsuke benda2 berbulu ni dan tambah pula aku bukannya seorang pencinta haiwan..hehs.housemates aku dapat taw,mula lah diorang menyakat aku.suke nak bagi aku terjerit2 dengan suara macho aku ni.huhu.sabar jela.housemate aku jahat taw enggak? diorang ugut aku.kalau aku susah nak bangun pagi2, diorang nak letak tepi bantal aku. gila! mestila aku kene bangun camtu. haihh. pastu diorang suke mengacah2 nak letak2 si chummy busuk tu atas kaki aku la ape la.argh! aku tension! aku cuba nk pegang die, tapi aku takot. hahah. mesti korang gelakkn aku kan? lantakla! aku xkesah pon!

Sunday, July 11, 2010

SAHABAT SEJATI :D


TERIMA KASIH KERANA TELAH MENYEMPURNAKAN HARIKU.

TERIMA KASIH KERANA TELAH BERADA DI SAMPINGKU SETIAP MASA TAK KIRA DIKALA SENANG ATAUPUN SUSAH.

TERIMA KASIH KERANA TELAH MENJADI SAHABAT YANG SANGAT MEMAHAMI DIRIKU.

ANDA TELAH MEMBUAT AKU MENJADI SEORANG YANG TABAH.

Thursday, July 8, 2010

::SELAMAT DATANG::

Ini Blog Saya.


Rajin-rajinkan diri anda semua untuk membaca blog saya yang sangat best ini :)

Jangan lupa untuk memberi komen di setiap post.

Renung-renungkan dan selamat membaca.

Terima Kasih!