Tuesday, September 28, 2010

Cover Cun!

"Minggu lepas aku naik bas ke kelas. Selalunya aku akan pandu kereta tetapi disebabkan keretaku masuk bengkel, naik baslah jawabnya. Masa tengah tunggu bas tu aku terpandang seorang perempuan ni. Dari jauh aku dah nampak dia jalan terkepit-kepit. Dalam hati aku terdetik, 'kenapa dengan perempuan ni, dah tak tahan nak buang air kecil ke?'. Lepas tu bila dia tunggu bas pun sama juga. Asyik-asyik terkepit dengan mengusik-usik rambut dia tu. Erm, senang cerita, gaya dia memang cover cun lah! Aduh, letih betul aku tengok! Tak lama lepas tu bas pun sampai. Ramai pula yang berebut nak naik bas. Aku malas nak berebut, jadi aku ke belakang sedikit sebab tahu dah pasti-pasti muat punya. Kebetulan, perempuan tadi beratur depan aku. Masa nak anik tangga bas, dia sibuk pula nak betul-betulkan rambut dia yang langsung tak rosak tu. Tiba-tiba aku tengok dia tersilap langkah terus terjatuh. Hmm, tu lah, cover cun punya pasal terus terjatuh. Padahal bukannya ada mamat-mamat yang hensem pun.Alahai....!!!

Tuesday, September 21, 2010

tahukah anda?

  1. Kelawar sentiasa belok ke kanan apabila keluar dari gua.
  2. Kucing adalah satu-satunya haiwan yang tidak mempunyai deria rasa.
  3. Raja rama-rama mempunyai deria rasa sebanyak 12, 000 kali ganda daripada manusia.
  4. Jerung tidak boleh buka mulut dalam jangka masa yang lama kerana boleh mengakibatkan ia mati lemas.
  5. Ikan Haruan mampu mengesan 27, 000 jenis bau sekaligus ia adalah haiwan paling sensitif dengan bau.
  6. Nisbah semut dengan manusia adalah 1, 000, 000:1.
  7. Tanduk badak sumbu bukanlah daripada tulang tetapi ia hanyalah daripada bulu yang terkumpul dan padat.
  8. Badak air mampu berlari pantas daripada manusia.
  9. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

Saturday, September 18, 2010

Sadis :(

Rumah kata pergi...
UiTM kata mari...

Aduhh...
Rasa terseksa sungguh jiwa dan raga...
Perasaan bercampur-baur...
Tak sanggup nak menghadap segala macam tugasan yang diberikan...

Letih-letih...
Perlu balik ke rumah sewa...
Harus pergi ke kelas...
Kena buat kerja sendiri...
Dan macam-macam lagi la...
Semua tu terpaksa ditempuhi dengan penuh kesabaran...

Tetapi...
Demi mencapai cita-cita...
Untuk menjadi seorang yang berjaya kelak...
Aku harus menjalankan tugasku sebagai seorang pelajar...

Sekian, terima kasih!

Thursday, September 16, 2010

HaRi MaLaYsIa...!!!


Selamat Hari Malaysia kepada semua warga Malaysia. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Hari Malaysia ialah menandakan penyertaan bersama Malaya (Semenanjung Malaysia), Borneo Utara (Sabah) , Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia pada tahun16 September 1963. Sempena detik bersejarah ini juga, marilah kita bersama-sama menghayati pengorbanan negarawan yang pernah memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita. Semoga negara tercinta akan terus aman makmur dan berkembang maju.

Tuesday, September 14, 2010

Raya Pertama!

*GAMBAR RAYA BERSAMA KELUARGA TERCINTA*

Saya dan mak saya.
Saya dan keluarga saya.
Saya dan abang saya.
Emak, ayah dan cucu mereka.
Saya, ayah dan anak saudara saya.

Saturday, September 11, 2010

Hari Raya Aidilfitri


SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

  • harap2 tahun ni dapat lagi la duit raya.
  • diharap semua bergembira di hari lebaran.
  • jangan makan terlampau banyak. buat penat je puasa selama sebulan :)
  • berhati-hati ketika bermain mercun.

Tuesday, September 7, 2010

-Tip Keselamatan Ketika Memandu-

Raya sudah semakin hampir...
Mesti semua hendak balik beraya di kampung bukan...
Di sini ingin saya sampaikan beberapa peringatan kepada sesiapa yang memandu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing...

  • Rancang dulu perjalanan sebelum balik
  • Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan
  • Dapatkan rehat yang secukupnya
  • Berhenti rehat selepas setiap 2 jam memandu
  • Jangan berhenti di lorong kecemasan kecuali perlu berbuat demikian
  • Pandu mengikut had laju yang ditetapkan

**PANDU DENGAN CERMAT. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG**

Monday, September 6, 2010

HARI TUA!


INILAH HASILNYA WAJAH AKU DI MASA 20 TAHUN YANG AKAN DATANG.
BOLEH TAHAN CUN LAGI DAH TUA PUN KAN.TAK GITU. ;D
MASA NI KIRA2 UMUR AKU 41 TAHUN MACAM TU LA.
OK LA. ARAP2 BETOL LA JADINYA NANTI. AMINNN...

p/s: senyum2 selalu akan membuatkan anda kelihatan muda dari umur yang sebenar.ahakz!


Friday, September 3, 2010

Cantek Tak???

seni ini adalah hasil dari tangan aku yang tak berapa nak kreatif sangat...
tapi bagi aku kira dah hebat la buley buat sampai macam ni kan...
perasan pulak...hahaha~